KENAPA EMAS?




1. Harga yang stabil
2. Penentu nilai matawang sesuatu negara
3. Kalis inflasi
4. Portfolio pelaburan alternatif
5. Nilai emas tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomi,politik dan bencana alam

APA KATA PAKAR KEWANGAN MENGENAI EMAS?

" Harga minyak yang tinggi dan nilai dolar AS yang lemah menjadi punca peningkatan harga emas " - Gary Yue, Delta Asia Financial Group ( Berita Harian - 11 Januari 2008 )

Minat atau trend membeli emas khususnya oleh pelabur global dijangka terus meningkat pada tahun ini ekoran fungsi komoditi tersebut sebagai pemyimpan nilai yang kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda dunia ketika ini. ( Utusan Malaysia - 11 Januari 2008 )

Pakar kewangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ), Prof. Madya Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera ketika ditemui baru-baru ini pula berkata, emas merupakan penyimpan nilai kukuh sejak zaman kegemilangan pemerintahan islam dahulu lagi.

"Kekukuhan nilai emas, memang tiada bandingannya, Misalnya, harga 1 dinar emas kira-kira RM 50.00 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM 397.00 dan juga dapat membeli seekor kambing. " Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi, " ( Berita Harian - 11 Januari 2008

Penganalisis Majlis Emas sedunia ( WGC ) yang berpengkalan di Switzerland,Rhona O'Conell berkata, emas merupakan pelaburan paling selamat dalam ketidaktentuan ekonomi global sama ada akibat tekanan kewangan atau peperangan dan berfunfsi sebagai pelindung nilai daripada tekanan inflasi." Kebimbangan yang berterusan mengenai peningkatan kadar inflasi dan ketegangan politik serta jangkaan kelemahan nilai dolar AS, harga emas dijangka terus melonjak pada tahun 2008", kata O'Connell menerusi laporan penyelidikannya, baru-baru ini. ( Utusan Malaysia 11 Januari 2008 )

0 comments: