LATAR BELAKANG SYARIKAT


Etika Emas Estet Sdn Bhd ( 774324-V ) ada sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan jual beli logam berharga iaitu emas bulion 24K yang mempunyai kualiti 999.9 atau 99.9% tulen. Etika Emas Estet Sdn Bhd ditubuhkan pada 22 MEI 2007.

Ibu Pejabat syarikat terletak di No. B2-03, 2nd Floor, Megan Ambassy, 225 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur serta mempunyai pejabat agensi di setiap negeri di seluruh Malaysia

Syarikat bersekutu ialah Etika Emas International PLC, ibu pejabatnya di 36 Trebovir Road London SW5 9NJ United Kingdom dan Etika Emas International (M) Sdn Bhd cawangannya di Kuala Lumpur

Koperasi Etika Emas Malaysia Berhad juga ditubuhkan sebagai anak syarikat Etika Emas Estet Sdn Bhd untuk membolehkan orang ramai di seluruh negara boleh menjadi ahli koperasi, seterusnya mendapat manfaat daripada program simpanan & pembelian emas yang dijalankan, kemuncaknya Koperasi Etika Emas akan berusaha memohon kelulusan operasi pajak gadai islam Ar-Rahnu di seluruh Malaysia

Definasi emas fizikal ialah emas tulen sebenar yang boleh dilihat, dipegang dan sisimpan oleh pembeli dengan membayar harga emas berdasarkan harga harian yang ditetapkan oleh pasaran emas dunia sebagai bayaran pembelian. Emas bulion secara fizikal sesuai dibeli sebagai pelaburan atau disimpan sebagai satu aset yang stabil dan tidak begitu terdedah kepada susut nilai untuk kegunaan masa hadapan.

  • Program Ar-Rahnu mendapat kerjasama daripada beberapa Bank tempatan dan Koperasi yang menjalankan skim Pajak Gadai Islam
  • Aktiviti utama Etika Emas Estet Sdn Bhd menjual logam berharga ( precious metal ) iaitu emas bulion fiziakal 999.9 ( 24k) yang mempunyai sijil. Hallmark emas ialah PAMP S.A Credit Suisse, kedua-duanya daripada Switzerland dan jenama antarabangsa yang lain.
Hallmark ( Tanda Tempa ) emas yang dijual oleh Etika Emas Estet ini diniagakan oleh Swiss National Bank, London Bullion Market Association (LBMA), London Platinum and Palladium (LPPM) dan diperdagangkan di pasar emas dunia seperti New York COMEX, Tokyo TOCOM, London Fix

Seguir leyendo...

PROGRAM PEMBELIAN DAN PENYIMPANAN EMAS



Salah satu cara mendapat keuntungan daripada pembelian emas ialah dengan menyertaai program pembelian emas melalui Etika Emas Estet Sdn Bhd.

Etika Emas Estet Sdn Bhd (774324-V) adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual emas fizikal. Ia juga menawarkan khidmat perundingan kepada para pelanggan tetang cara menguruskan aset emas mereka dengan cara yang bijak.


MENYIMPAN EMAS MENDAPAT KEUNTUNGAN BERGANDA


Etika Emas menjual emas 999.9 dalam bentuk 'gold Bar' berdasarkan harga pasaran semasa .Walau bagaimanapun, para pelanggan mampu meraih penjimatan hasil dari diskaun yang disediakan oleh Etika Emas kepada para pelanggannya.

KEUNTUNGAN PERTAMA

Diskaun dikira dari setiap gram emas yang dibeli, iaitu pada kadar 1 gram = RM 1.00. Sekiranya pelanggan membeli 100g emas 999.9, maka dia berhak menerima diskaun sebanyak RM 100.00. Dalam usaha kami menggalakkan rakyat malaysia menyimpan emas tulen 999.9, Etika emas bersetuju untuk memberi diskaun trersebut selama 6 bulan. Jumlah terkumpul untuk diskaun yang dioperolehi hasil dari pembelian 100g emas tulen 999.9 ialah RM 600.00


KEUNTUNGAN KEDUA

Penebusan ( Redeem ) akan boleh dilakukan pada bila-bila masa, apabila harga emas dipasaran dunia melonjak dan keadaan ini akan dipantau oleh Etika Emas dan peserta akan dapat melakukan penebusan itu dengan serta merta.



KEUNTUNGAN KETIGA

Mengikut statastik, harga emas akan sentiasa melonjak naik pada setiap hari, dan andainya pada tahun 2009 ini, dimana para peserta menyimpan emas ( harga emas RM13,000.00 = 100 g ) dan pada tahun 2010 harga ini boleh mencapai sehingga RM 18,000.00.




KEUNTUNGAN KEEMPAT

Para peserta yang melabur akan terselamat, walaupun kadar mata wang negara mengalami penurunan dari segi nilai, kerana harga emas akan tetap stabil dan mungkin akan menokok lagi.

Seguir leyendo...

KENAPA EMAS?




1. Harga yang stabil
2. Penentu nilai matawang sesuatu negara
3. Kalis inflasi
4. Portfolio pelaburan alternatif
5. Nilai emas tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomi,politik dan bencana alam

APA KATA PAKAR KEWANGAN MENGENAI EMAS?

" Harga minyak yang tinggi dan nilai dolar AS yang lemah menjadi punca peningkatan harga emas " - Gary Yue, Delta Asia Financial Group ( Berita Harian - 11 Januari 2008 )

Minat atau trend membeli emas khususnya oleh pelabur global dijangka terus meningkat pada tahun ini ekoran fungsi komoditi tersebut sebagai pemyimpan nilai yang kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda dunia ketika ini. ( Utusan Malaysia - 11 Januari 2008 )

Pakar kewangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ), Prof. Madya Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera ketika ditemui baru-baru ini pula berkata, emas merupakan penyimpan nilai kukuh sejak zaman kegemilangan pemerintahan islam dahulu lagi.

"Kekukuhan nilai emas, memang tiada bandingannya, Misalnya, harga 1 dinar emas kira-kira RM 50.00 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM 397.00 dan juga dapat membeli seekor kambing. " Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi, " ( Berita Harian - 11 Januari 2008

Penganalisis Majlis Emas sedunia ( WGC ) yang berpengkalan di Switzerland,Rhona O'Conell berkata, emas merupakan pelaburan paling selamat dalam ketidaktentuan ekonomi global sama ada akibat tekanan kewangan atau peperangan dan berfunfsi sebagai pelindung nilai daripada tekanan inflasi." Kebimbangan yang berterusan mengenai peningkatan kadar inflasi dan ketegangan politik serta jangkaan kelemahan nilai dolar AS, harga emas dijangka terus melonjak pada tahun 2008", kata O'Connell menerusi laporan penyelidikannya, baru-baru ini. ( Utusan Malaysia 11 Januari 2008 )

Seguir leyendo...